Tuesday, August 25, 2009
CARA-cara Rasulullah SAW mengelak dan menyembuhkan penyakit
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail)MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitumelihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barangyang disayangi dan melihat buah (dedaun).Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyakmenangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmudan banyak berbuat dosa.Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur,dermawan dan takwa.PERASAAN BENCIPerkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdustadan suka mengadu domba.PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar diwaktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir diwaktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitutidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitusentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hatisedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitukegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengansesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yangmemberatkan badan.Maksud firman Allah:Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jindan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untukmemahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidakdipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan merekamempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Merekaitulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179).Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taatkepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.Ali bin Abi Thalib r.a berkata,'ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itulaksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'Tambahnya dengan nada tegas,'Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yangtidak memiliki kesabaran.'
Subscribe to:
Posts (Atom)