Wednesday, December 19, 2012
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
I LOVE ALL OF U SO MUCH......LET US BE TOGETHER FOREVER YE SAYANG!!!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Wednesday, December 12, 2012
*Pakteh Time*
Hasil rekabentuk yang terbentuk hasil canaian Balqis dan Qasrina.rekabentuk bangunan lego dari tunjukajar Pakteh...hehhe.taaaraaaaaa
yang ni rekaan Balqis
yang ni rekaan Qasrina
Tengok Pakteh dan Ayah main Futsal kt MISA,Manjung
Sabar menunggu burger OTAI siap
Monumen Alaf Baru,PUTRAJAYA
Mummy kena meeting kt HQ di Putrajaya jadi mummy bawak sekali le anak-anak mummy dan kebetulan maksu plak cuti dari keje malam.hehhehe.kami balik hari je.dari Teluk Intan kul 6.30pg dan tiba di depan HQ mummy kul9.00pagi le lebih kurang.hehehehe.sementara mummy gi meeting,maksu le yang kena jaga anak-anak.mula-mula cadangan mummy,maksu bawa anak-anak ke Alamanda tetapi malangnya maksu tidak dapat jumpa jalan ke Alamanda.hehehe.yang paling berdekatan dengan HQ mummy dan ada dalam signboard yang maksu nampak ialah Monumen Alaf Baru.heheh.sebelum ini mummy pun tak penah tau temoat ni.heheheh.tengok le gambar anak-anak mummy bersama maksu di sini.
Makan Tengahari kami pulak di Secret Resepi,Putrajaya,
Pertunangan YA aka Adik lelaki pertama den...
Alamdullilah..setelah proses merisik yang dijalankan dengan penuh adat di rumah "kwn Istimewa' Ya ni...mari kita baca cerita merisik ni di sini.jangan marah ye tuan punya blog.hhehehe.tapi sebelum itu kalau nk kisah bermulanya pertemuan dua hati ni,boleh lihat disini.lg sekali jangan marah ye ana n adikku...hehehe.kak ja pun baru tau kisah hebat korang berdua ni.nak tau dari mulut YA,jangan le harap ye...hehhe
habis le Ya N Ana..kisah korang dah tersebar..yehaaaa...
Selesai le sudah majlis merisiknya...hehhe..kami dijamu dengan bihun goreng masa tu sebab awal pagi dah sampai...rombongannya seramai 21 orang.heheh.ramaikan?Untuk menyempurnakan adat yang seterusnya ialah detik 24 Nov 2012 pulak.Majlis pertunangan antara MOhammad Zakariyya Dan NurFarhana.alhamdullilah selesai plak fasa kedua ni dan menunggu plak saat berlangsungnya hari bahagia nanti.In Shaa Allah Jun 2013.meh kita tgk gambar le....
Hantaran daripada kedua-dua pihak
Mak Tam yang sudi menyarungkan cincin
Hantaran khas dr en.Tunang..Premium Beautiful Korset
Bersama bakal-bakal biras,kakak2 ipar n adik ipar serta sebahagian anak2 buah
Ya yang hepi dapat songkok baru
Princess of the day
TAHNIAH ANDA BERDUA.SEMOGA JODOH HINGGA HUJUNG NYAWA
Pertunangan Alias Aka Adik Lelaki kedua den.....
entah kenapa arini mummy terase nak buat entri pasal pertunangan ALIAS.sebenarnta pertunangan ni Oktober tahun lepas 2011.dh setahun miza dan alias bertunang ye.In shaa Allah jika jodoh tu adalah hak kalian berdua,akan bersatu jua la kalian.Panjatkan doa semoga dipercepatkan jodoh ye.bila melihat Alias yang sekarang,memang mirip sangat dan mukanya saling tak tumpah Arwah Abg Yon.Bila melihat dia yang berjubah dan berjanggut memang similar sekali ngn Arwah Abang Yon dan memang tak lari sungguh dari muka Abah kami.Memang boleh melepaskan rindu pada yang telah tiada...Gambar-gambar di hari pertunangan mereka berdua.Amik dr FB jek...hehehe
Princess Of The Day
Bergambar bersama di Hari Konvekesyen UiTM , Shah Alam
***SEMOGA JODOH KALIAN HINGGA HUJUNG NYAWA***
SABAR!!!
Besar ertinya sabar dalam hidup kita seharian...sentiasa bersabar dengan segala cabaran yang mendatang.sentiasa mengajar dalam hidup kita supaya bersabar...manisnya BERSABAR dalam cabaran hidup yang semakin hebat di dunia metropolitan ini.apa yang penting pokok pangkalnya SABAR.....
JOM SAMA-SAMA KITA BERSABAR...
IN SHAA ALLAH...KEJAYAAN AKAN DATANG BERGOLEK
Tuesday, December 11, 2012
Adik Gi OVERSEA...
Sebenarnya hari ni baru jek hari kedua adik gi melancong.tetiba mummy rasa rindu sangat kat maksu..nape plak ek?hehheh..mengada2 kot.hahahha..selalunya ade jek orang nk cari gaduh tetiba orang tu dah gi melancong plak..jauh lak tuh...huhuh..so sad..jd nk hilangkan kerinduan ni ..meh kita layan gambar2 maksu ngn anak-anak mummy...heheheh
MAKSU , WE MISS U...TAKE CARE N JGN LUPA SOLAT TAU.BUKAN MUMMY JEK YG DOK MISS U,ANAK2 PUN SAMA TAU..
Mummy N Maksu
Thursday, November 29, 2012
Konvokesyen Maksu......16 Oktober 2012
Mama,
tarikh ni cukup bererti utk anak bongsu mama....Fatimah konvo hari ni mama setelah berjuang selama 3thn di Kolej Jururawat Sungai Petani,Kedah.Taktau le nk deescribe perasaan hajar waktu ni sebab sume anak2 berjaya menjadi org ye.takde yg jadi kacang hantu walaupun kami dibesarkan bukan in a complete family.Syukur padaMU YA Allah...anak bongsu ni le petanda sume anak2 mama dah tamat belajar...Hajar dpt deg in IT,Asmah ade Dip In Sivil Eng,Zakariyya ade Dip In Sivil Eng,Alias ade Deg in Ladang dan ur youngest ade Dip in Nurse...alhamdulillah...ABg Sham dh hidup ngn well nya kt Sri Petaling dan mempunyai anak2 yang sedang belajar hafiz dan hafizah,Abg Yee dh berjaya ngn Herbalife ngn dua lg Kelab sihat...ALhamdullilah..kami membesar ngn baik sekali....sape kata family yang tak lengkap semuanya akan hancur..kami buktikan sume tu salah...sebenarnya ni entri ni khas utk anak bongsu mama..
TAHNIAH FATIMAH BURA...U'RE GRADUATED..Jom Layan gambar2
Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu
Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.
Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.
Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.
Alhamdullilah kembar mummy yang sebelah kanan.kembar tak seiras tetapi dua2 perempuan..ade dua uri n dua tali pusat...
Tuesday, November 27, 2012
Playfull Kiss
Alamak dah terlayan cerita Korea plak..hahahhahah..
Mummy suka sgt2.yg dah turut sama teraddict bersama mummy ialah anak2 mummy le.esp Balqis n Qasrina.Hafiy tak bape nk layan kot sbb ala2 baby lg...yg twin nih,hahhaha..dh terjabat sgt2..dh siap panggil heronya as Si Handsome.hahahha...yg turut terjebak ialah geng2 bas sekolah le..AIMA n HANIS...ish2..
pembawa jebak ni tak lain tak bukan Maksu Fatimah le..hahahhah
jom kita tgk gambar2 yg ala2 sweet ni.Gambar2 ni mummy dpt dr MR.GOOGLE jek..TQ
Kalau ade yang rase nk tgk special edition playful kiss nih...
boleh klik sini
Hari Ini Dalam Sejarah.Cabut GIGI Balqis
27 November 2012
Sejarah bermula.hehhehe...taktau nk mula camne.wah gempaknya tajuk.sebenarnya takde ape2pn.sebenarnya mummy yg nervous gile.almaklum le mummypn tkot sgt jumpa doktor gigi (even gigi mummy masa kecik2 dulu sgt2 cantik.ada org puji gigi sndiri.hahhaha)masa kecik2 dulu.teringat jek dulu2 if nk jumpa doktor gigi,mesti mummy akan diberi upah buku cite oleh mama...aduh mama.bila sekarang ni mummy sendiri kena bwk anak-anak jumpa doktor gigi,mummy taktau nk describe camne perasaaan tuh.huhuh..
Wah genbiranya dia nk cabut gigi.actually gigi Balqis mmg cantik lg.tp sebab dah goyang sangat kena le cabut n nmpak mcm ade gigi yang dh nk tumbuh.
NI OTW ke klinik.Nape mummy masukkan kete ni.sbb kete nih berkhayal masa kt traffic light sampai mummy hon.ade ke plak.kalu sekali mummy boleh terima lagi.ni sampai dua kali kena hon.taktau le dia wat ape.pelik le....
Ini lah gigi yang bakal di cabut.dah goyang sgt
Klinik pilihan Mummy!!!Klinik Kesihatan Pergigian Teluk Intan,Perak
Sebab ape Mummy pilih klinik nih???
1.FREE
2.sbb dh goyang sgt.rugi jek klu gi private klinik
3.Mummy nk tgk camne service yang diberikan?
Jom tgk gambar dulu...nnt mummy komen lain:::::
NI lah Signboard klinik..
Siap ade ruangan Kanak-kanak...Ble le anak2 lepak..tu yg best.
bgus le klinik kerajaan skang....mummy like so much
Jom tgk lg!!!
No.giliran...heheh..tp kejab sgt sebab kanak-kanak..
Wah ,ceria lagi.sempat main2 dulu
Gigi sedang dicabut.siap bg ubat kebas perasa strawberi.masa ni mummy dh tak ble nk amik gambar lg sbb mummypn dh menangis.hahahha..Balqis sgt2 bgus.senang jek nk cabut gigi dia.dia tak meronta2 cam mummy dulu2.hahah.dia sgt2 bertenang.ikot ayahnya kot.sgt2 cool.sekejab jek dah cabut.gigi pn tak sempat mummy nk snap sebab mummy dah nages dulu.hehehe.ntah ape2 le mummy nih.lps kuarpn mummy nages lg n tak ble dah nk amik gambar.lps kuar jek bilik cabut gigi,terus Balqis menangis beria2 tp alhamdullilah gigi dia dah kena cabut...gud job le Balqis.kuat sungguh anak mummy nih.hehhe
Komen mummy:Rupanya klinik kerajaan ni dah tak sama cam dulu2 le.sumenya dh best.pembantu perubatan yang sgt2 berhemah.sgt2 sopan santun...kata2 yg best dr tukang cabut tuh wat akak tak tkot kena cabut kot.hehhe..service diapn sgt2 cekap n cepat le.takyah tunggu lama2pn.kami datang kul11.15 dan setel kul11.45 camtu.sgt2 kejab.maybe sebab kanak-kanak kot.tp perkhidmatannya mmg thumb up le.tahniah Kinik Kesihatan Pergigian Teluk Intan,Perak.Balqispn sgt2 bgus.hehhee..peralatan pn cantik tau.warna purple..sgt2 cantik.hehhehe.bila masuk bilik cabut gigi,mummy dah tertarik yang tuh..sbb b4 nih sume warna hitam kan..ni warna purle.cantikkkk
Utk lain kali,rasenya mummy tak serik nk dtg lagi.in sha Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)