Followers Yang Best..TQ

Calling For Ur Own Domain Name

Wednesday, December 19, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

I LOVE ALL OF U SO MUCH......LET US BE TOGETHER FOREVER YE SAYANG!!! Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. 2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! 4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. 5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. 6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) 7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. 8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. 9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 10- Kita akan lebih menghargai diri kita. 11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. 12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. 13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. 14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. 15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. 16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! 17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! 18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. 19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. 20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Wednesday, December 12, 2012

*Pakteh Time*

Hasil rekabentuk yang terbentuk hasil canaian Balqis dan Qasrina.rekabentuk bangunan lego dari tunjukajar Pakteh...hehhe.taaaraaaaaa
yang ni rekaan Balqis
yang ni rekaan Qasrina
Tengok Pakteh dan Ayah main Futsal kt MISA,Manjung
Sabar menunggu burger OTAI siap

Monumen Alaf Baru,PUTRAJAYA

Mummy kena meeting kt HQ di Putrajaya jadi mummy bawak sekali le anak-anak mummy dan kebetulan maksu plak cuti dari keje malam.hehhehe.kami balik hari je.dari Teluk Intan kul 6.30pg dan tiba di depan HQ mummy kul9.00pagi le lebih kurang.hehehehe.sementara mummy gi meeting,maksu le yang kena jaga anak-anak.mula-mula cadangan mummy,maksu bawa anak-anak ke Alamanda tetapi malangnya maksu tidak dapat jumpa jalan ke Alamanda.hehehe.yang paling berdekatan dengan HQ mummy dan ada dalam signboard yang maksu nampak ialah Monumen Alaf Baru.heheh.sebelum ini mummy pun tak penah tau temoat ni.heheheh.tengok le gambar anak-anak mummy bersama maksu di sini.
Makan Tengahari kami pulak di Secret Resepi,Putrajaya,

Pertunangan YA aka Adik lelaki pertama den...

Alamdullilah..setelah proses merisik yang dijalankan dengan penuh adat di rumah "kwn Istimewa' Ya ni...mari kita baca cerita merisik ni di sini.jangan marah ye tuan punya blog.hhehehe.tapi sebelum itu kalau nk kisah bermulanya pertemuan dua hati ni,boleh lihat disini.lg sekali jangan marah ye ana n adikku...hehehe.kak ja pun baru tau kisah hebat korang berdua ni.nak tau dari mulut YA,jangan le harap ye...hehhe habis le Ya N Ana..kisah korang dah tersebar..yehaaaa... Selesai le sudah majlis merisiknya...hehhe..kami dijamu dengan bihun goreng masa tu sebab awal pagi dah sampai...rombongannya seramai 21 orang.heheh.ramaikan?Untuk menyempurnakan adat yang seterusnya ialah detik 24 Nov 2012 pulak.Majlis pertunangan antara MOhammad Zakariyya Dan NurFarhana.alhamdullilah selesai plak fasa kedua ni dan menunggu plak saat berlangsungnya hari bahagia nanti.In Shaa Allah Jun 2013.meh kita tgk gambar le....
Hantaran daripada kedua-dua pihak
Mak Tam yang sudi menyarungkan cincin
Hantaran khas dr en.Tunang..Premium Beautiful Korset
Bersama bakal-bakal biras,kakak2 ipar n adik ipar serta sebahagian anak2 buah
Ya yang hepi dapat songkok baru
Princess of the day
TAHNIAH ANDA BERDUA.SEMOGA JODOH HINGGA HUJUNG NYAWA

Pertunangan Alias Aka Adik Lelaki kedua den.....

entah kenapa arini mummy terase nak buat entri pasal pertunangan ALIAS.sebenarnta pertunangan ni Oktober tahun lepas 2011.dh setahun miza dan alias bertunang ye.In shaa Allah jika jodoh tu adalah hak kalian berdua,akan bersatu jua la kalian.Panjatkan doa semoga dipercepatkan jodoh ye.bila melihat Alias yang sekarang,memang mirip sangat dan mukanya saling tak tumpah Arwah Abg Yon.Bila melihat dia yang berjubah dan berjanggut memang similar sekali ngn Arwah Abang Yon dan memang tak lari sungguh dari muka Abah kami.Memang boleh melepaskan rindu pada yang telah tiada...Gambar-gambar di hari pertunangan mereka berdua.Amik dr FB jek...hehehe
Princess Of The Day
Bergambar bersama di Hari Konvekesyen UiTM , Shah Alam
***SEMOGA JODOH KALIAN HINGGA HUJUNG NYAWA***

SABAR!!!

Besar ertinya sabar dalam hidup kita seharian...sentiasa bersabar dengan segala cabaran yang mendatang.sentiasa mengajar dalam hidup kita supaya bersabar...manisnya BERSABAR dalam cabaran hidup yang semakin hebat di dunia metropolitan ini.apa yang penting pokok pangkalnya SABAR.....
JOM SAMA-SAMA KITA BERSABAR... IN SHAA ALLAH...KEJAYAAN AKAN DATANG BERGOLEK

Tuesday, December 11, 2012

Adik Gi OVERSEA...

Sebenarnya hari ni baru jek hari kedua adik gi melancong.tetiba mummy rasa rindu sangat kat maksu..nape plak ek?hehheh..mengada2 kot.hahahha..selalunya ade jek orang nk cari gaduh tetiba orang tu dah gi melancong plak..jauh lak tuh...huhuh..so sad..jd nk hilangkan kerinduan ni ..meh kita layan gambar2 maksu ngn anak-anak mummy...heheheh
MAKSU , WE MISS U...TAKE CARE N JGN LUPA SOLAT TAU.BUKAN MUMMY JEK YG DOK MISS U,ANAK2 PUN SAMA TAU..
Mummy N Maksu