Wednesday, May 23, 2012
Perkahwinan..Usahakan Yng terbaik.Insyaallah Ade SINAR
PERKAHWINAN adalah ikatan antara sepasang manusia bernama lelaki dan wanita bagi mewujudkan satu hubungan yg mesra, ceria dan bahagia.
Firman Allah dlm surah ar-Rum ayat 21: "Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan utk kamu (wahai kaum lelaki), isteri2 dr jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di anta...ra kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan." Perkahwinan umpama sebuah pelayaran di lautan, pasti ada ombak dan badai. Jangan patah semangat dan jangan putus harap. Sama2 usahakan agar matlamat berjaya dicapai.
Andai diuji dan rasa tidak berdaya lagi, jangan cepat fikirkan perpisahan.
Jangan pula bertahan semata2 kerana anak2 kerana kebahagiaan sebenar berumahtangga takkan diperoleh.
Tika di persimpangan, pastikan benar2 berserah minta petunjuk dan panduan drp-Nya. Tiada guna istikharah jika sudah ada keputusan tertentu di minda. Anda telah membuat keputusan lebih dulu berbanding DIA, bimbang bila itu bukan yg terbaik, anda sendiri takkan tenang dgn pilihan anda...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment